Pages

Thursday, December 2, 2010

Lawak King

Haiwan Rimba

Pada suatu hari, ada satu pertandingan menyanyi peringkat haiwan hutan. Pertandingan tu pun mula la. Burung Nuri pun mula menyanyi. Merdu sungguh suara Nuri tu. Kemudian musang pun menyanyi diikuti pula oleh sang babi…. Sang babi pun nyanyi la…..tiba-tiba semua haiwan melarikan diri. Tahu kenapa? Kerana babi ni nyanyikan lagu dari Headwind “Kita serupa…."





Hukuman

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ? 

Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya. 

Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.





Khidmat

Peguam: “Baiklah, awak inginkan perkhidmatan saya. Tapi adakah awak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar perkhidmatan saya?” 

Pelanggan: “Tidak, saya tidak mempunyai wang sedikit pun. Saya sangat miskin, tapi saya mempunyai sebuah kereta BMW!” 

Peguam: “Baiklah, awak boleh membayar saya dengan kereta awak. Sekarang, katakan apa tuduhan yang dikenakan terhadap awak?” 

Pelanggan: “Mencuri BMW"

Peguam: OMG%$#&@*


No comments:

Post a Comment