Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan kepada terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.Menjelang usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasuh sayang. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika berusia 5 tahun, Ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
Usia 6 tahun, Ibu membelikan sepasang pakaian baru. Kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 7 tahun, Ibu memimpin kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "TAK NAK! TAK NAK!!"
Menjelang usia 8 tahun, ibu membelikan kita aiskrim. cara kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan baju ibu.
Apabila berusia 9 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola. Cara ucapkan terima kasih kita dengan memecahkan tingkap jiran.
Ketika berusia 11 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.(hahaha aku slalu buad)
Apabila berusia 12 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana sahaja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Berusia 13 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. kita berterima kasih dengan menonton televisyen.
Memasuki usia 14 tahun, ibu suruh kita pakai pakaian menutup aurat. Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai dengan zaman sekarang.
Setelah berusia 15 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan, peperiksaan dan asrama. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
Menjelang usia 16 tahun, ibu pulang daripada bekerja dan rindu pelukan serta ciuman kasih sayang dari seorang anak. Kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Ketika usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masu k ke IPTA(Institut Pengajian Tinggi Awam). Kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria dengan rakan-rakan.
Memasuki berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama. Kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan rakan-rakan.
Mencecah usia 21 tahun, Ibu menanyakan tentang bakal menantunya. Kita ucapkan terima kasih dengan kata "...itu bukan urusan ibu"
Setelah usia 22 tahun, ibu cuba memberikan pandangan tentang kerjaya. Kita kata " saya tak mahu jadi seperti ibu"
Meningkat usia 23-24 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita kata kepada kawan-kawan... " perabot pilihan ibu tak cantik, tak berkenan aku n its not my taste"
Memasuki usia 25 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan. Kita menjeling dan merungut " ibuuuu.. tolonglah...."
Ketika berusia 26 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia gembira dan sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat tentang rumah tangga dan penjagaan anak-anak. Kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden"
Menjelang usia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung. Kita kata " kami sibuk, tak sempat hadir"
Setelah usia 50 tahun. Ibu jatuh sakit dan meminta kita untuk menjaganya. Kita sibuk bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban anak-anak.
Dan kemudian di suatu hari, kita mendapat khabar ibu telah meninggalkan dunia fana ini.
khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata yang berlinangan barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.
Jika ibu masih ada, sayangilah mereka. Jika telah meninggal dunia, mohonlah doa kepada tuhan agar rohnya dicucuri rahmat(for muslim only if not, u ask ur religions expert). Sayangilah ibu kerana dia sahaja ibu kandung or angkat yang kita ada. -TQ-
No comments:
Post a Comment